Friday, August 21, 2009

PROMO:JANJIMU MURSYA FIDZIAN...

Tajuk: JANJIMU MURSYA
Syukur.Kini Alif kembali lagi.Kembali bersama kejayaan dan harapan.Alif menarik nafas panjang.Terasa cukup lega dapat menjejakkan kembali kaki ke negeri kelahirannnya.Sesampai saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,Alif cukup kaget.Matanya liar memandang.Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sudah jauh berubah.Setanding dengan pencapaiannya yang semakin gah di persada antarabangsa.Alif tersenyum megah.Ada riak bangga diwajahnya.
“Wah, sudah jauh berubah!.Cukup cantik dan menarik pandangan.”Bisik Alif dalam hati.Alif tersenyum bangga.Suasana riuh rendah di sekitar lapangan terbang tidak dihiraukannya.Kemudiannya Alif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Matanya melilau mencari sesuatu.Pakcik Daos yang ditugaskan untuk menjemputnya masih belum kelihatan.Dia kemudiannya merehatkan diri di bangku yang mengadap kaunter .
“Abang tidak boleh tinggalkan adik.Kalau abang pergi,siapa yang nak jaga adik?Adik perlukan abang.Tahun ini adik bakal menduduki U.P.S.R.Siapa yang akan beri sokongan dan dorongan kepada adik?”.Kenangan tujuh tahun lepas menjamah kembali kotak ingatannya.Alif terus menikam pandangannya jauh.Hatinya sudah melompat untuk kembali berjumpa dengan satu-satunya orang yang sentiasa di ingatannya. Sepanjang pemergiannya merantau untuk mengubah nasib diri.,tidak pernah pun walaupun untuk sesaat dia melupakan nama Mursya yang diibaratkan seperti irama dan lagu dalam hidupnya.
“Kalau abang pergi juga.Adik janji..Abang tidak akan jumpa adik lagi.”Kata yang diucapkan itu seolah satu ugutan.Alif masih ingat.Adik meraung-raung menangis apabila mengetahui yang dia tetap meneruskan niatnya itu.Bagi Alif,tiada seorang pun yang akan menghalang niatnya itu.Dia cukup nekad.
“Assalamualaikum, Encik Alif,”.Lamunan Alif segera terhenti.Dilihatnya Pakcik Daos sudah berada di hadapannya.Pakcik Daos segera mengambil beg lalu dibimbitnyamenuju kereta MPV WISH yang sudah tersedia menunggu di tepi jalan.Aliff hanya mengekori dari belakang tanpa banyak soal.
Hujan yang turun dengan lebatnya di bandaraya Kuching menyebabkan kesesakan jalan raya semakin teruk.Siaran Cats.Fm yang singgah di telinga Aliff cukup menghiburkan.Pakcik Daos kelihatan sibuk memandu mencelah kesibukan di jalan raya.Sesekali matanya mencuri memandang melalui cermin wajah anak muda yang kini sudah bergelar Pengarah Urusan Kasih Holdings yang kini cukup gah di peringkat antarabangsa.Masih muda tetapi sudah berjaya dalam hidup.Alif yang duduk tersandar di belakang menikam pandangan ke luar tingkap.Rintik-rintik hujan masih belum berhenti.
“Mursya..abang kini sudah pulang,”bisik hati kecil Aliff.Alif yakin. Mursya akan melonjak gembira dan menjerit sekuat hati menyambut kedatangannya.Toyota Wish yang membawa Alif lantas singgah di Hotel Hilton.Kalau diikutkan hatinya, Aliff mahu segera meluru pulang ke kampung halamannya.Tetapi dia akur.Ada tugasan yang menantinya malam ini.
Selesai Majlis Jamuan Makan Malam,Alif segera balik ke biliknya.Malas rasanya untuk berceloteh panjang.Dia tidak berminat untulk bercerita pasal urusan syarikat.Hasrat kepulangannya kali ini adalah untuk berjumpa dengan adiknya Mursya.
Malam itu Alif kelihatan resah di biliknya.Sekejap baring di hujung katil.Sekejap mundar mandir di bilik itu.Mimpi-mimpi yang muncul dalam tidurnya seolah-olah melambai-lambainya untuk pulang.Sekejap berdiri.Sekejap lagi bersandar di atas kerusi.Nampak gelisah .Kemudian dia berdiri di tepi tingkap.Dari tingkat dua belas itu,Alif leka memandang Suasana Tebingan Sungai Kuching.Hiasan lampu neon cukup menarik perhatiannya.
“Abaaaaaaang.”Alif tertoleh.Seakan suara Mursya memanggil namanya. Alif yakin itu hanya permainan perasaannya.Mungkin Mursya terlalu merinduinya setelah hampir 7 tahun tidak bertemu.
Pagi itu, Toyota Wish dipandu Pakcik Daos laju.Dia faham.Hati Alif sudah melonjak untuk pulang ke kampung yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandaraya Kuching.Alif menikam pandangan ke luar tingkap.Pemandangan yang dilalui cukup indah.Menyusuri perjalanan menuju ke kampong membuatkan hati Alif cukup bangga.Kampungnya kini turut menikmati arus kemajuan.Jalan raya tidak ada lagi yang berbatu.Teringat dulu,melalui jalan ini bagaikan merempuh gelombang di lautan,hanya bertanah kuning dan kalau hujan turun tidak berhenti,terputuslah hubungan untuk pergi ke pusat bandaraya.Kini semuanya sudah berubah.
“Kalau abang balik nanti,belikan adik baju melayu berwarna putih.Adik teringin sangat hendak memakai baju melayu berwarna putih,”Mursya berpesan sambil tersenyum manis.Wajahnya cukup berseri.Itu mimpi yang sering hadir dalam tidur Alif.
Alif termenung jauh.Rasa hati ingin didakapnya kembali adiknya itu.Walaupun sekian lama di perantauan,Alif tidak pernah melupakan .Cuma kesempatan untuk menghantar berita selalunya tidak berkesempatan.
Kereta yang dipandu Pak Daos mula melintasi Kawasan bendang yang kelihatannya masih menghijau terbentang.Di tengahnya kelihatan petani membanting tulang menuai hasil sawahnya.Teringatnya Mursya duduk tersenyum di tepi bendang leka memerhatinya bermain laying-layang di tengah sawah.Sesekali Mursya akan ketawa melihat gelagatnya.Alif begitu rindu akan suasana itu.
Alif menarik nafas panjang.Dia leka memandang sawah terbentang di hadapan matanya.
APAKAH YANG DIPANDANG ALIFF????DAPATKAH ALIF BERJUMPA KEMBALI ADIKNYA MURSYA???APAKAH YANG BAKAL BERLAKU???TUNGGULAH

JANJIMU MURSYA FIDZIAN..............................Akan diterbitkan.Karya:Mohd Zamri b Juli

2 comments:

  1. Nong... ne janji ko...? aih... asak ati jak... janji namamu jadi sebutan....eeeeee

    ReplyDelete
  2. TUNGGGU..GIK SIBUK..TAPI CERPEN JANJIMU MURSYA FIDZIAN TETAP AKAN DIERBITKAN...SUPORT K

    ReplyDelete