Friday, June 8, 2012

DEMI mengejar ILMU...

WOWWWW..CINTA tu...

JATUH CINTA.................adoiiiii..cinta bagaimana???? Sama ada ia tarikan serta mertaatau reaksi "tertunda," selami cara untuk kekalkan perasaan gila bayang antara satu sama lain, tak kira bagaimana kamu mula menjadinkan hubungan. Sedang ingin bercinta? Kami mendapatkan pandangan pakar "hati' mengenai empat senario "benar-benar jatuh cinta" dan bagaimana untuk meningkatkan peluang bagi kesudahan yang membahagiakan. LOVE @ FIRST SIGHT Ia berlaku pada saat pertama kamu bertemu: Jantung mula berdegup kencang dan tangan mula menggeletar. Dalam kata lain, ia adalah tarikan dan minat yang hadir serta merta. Bagaimana tarikan ini berlaku tiada siapa tahu. Apa yang boleh dikatakan, ianya suatu tarikan fizikal yang kuat, kamu berada pada tempat dan masa yang betul, serta minda di bawah paras sedar kamu mengumpul petunjuk yang kamu sendiri tidak sedari. POTENSI PASANGAN "Rakan saya mengatur blind date dengan kenalannya Fuad. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya dapat rasakan something special dengan dia. The date was excellent. Bila saya pulang dan memberitahu teman sebilik yang saya suda menemui bakal suami saya, dia sangka saya sudah gila. Selepas dua tahun, perasaan masih tidak berubah," kata Diana, 25. "Dalam kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,500 responden, 55 peratus daripada mereka yang mengakui mereka jatuh cinta pada pandang pertama, akhirnya berkahwin," kata Earl Naumann, pengarang buku Love at First Sight. "Apabila kamu jatuh cinta dengan pantas, kamu mungkin akan hanya memberi fokus kepada masa depan dan mengabaikan ikatan yang ada pada masa sekarang," jelas Ayala Pines, penulis Falling in Love. Justeru beri tumpuan untuk mencipta minat baru yang serupa dan menjawab soalan real-time (contohnya, adakah kamu gembira dengan pekerjaan kamu?) Dengan cara itu, kamu dapat lebih mendalami personaliti masing-masing. LAMBAT TERTARIK Tiada "letupan bunga api"? Walaupun dia bukan pasangan dari syurga, kamu berasa gembira dengannya dan tidak keberatan keluar bersamanya. Kemudian, kamu mula melihat kualiti menarik yang dimilikinya dan tanpa disedari, kamu dilamun cinta. Jadi bagaimana personaliti biasa seperti Clark-Kent berubah menjadi superman? "Yang pasti dia tidak memenuhi kreteria tarikan fizikal ketika awal pertemuan, tetapi ada sesuatu pada personalitinya dan menarik perhatian dan ia mula mambajai hubungan emosi dan fizikal," kata Pines. POTENSI PASANGAN Hubungan yang berkembang daripada reaksi tarikan "tertunda" biasanya lebih mendalam dan biasanya tidak begitu rapuh berbanding yang berasaskan pada seseorang yang memenuhi "idea" romantik kamu, justeria ia mempunyai peluang lebih cerah untuk bertahan, kata Greg Godek, pangarang 101 Ways to Be Romantic. Begitu yang ditemui Madihah, 24. "Saya biasanya hanya keluar dengan lelaki yang aktif," kata Madihah. "Azmeer pula pemuda yang lebih berminat menonton filem berbanding bersenam, jadi pada mulanya saya sukakan sikap pak lawaknya itu sebab saya tak kisah keluar beberapa kali bersama. Akhirnya saya jatuh cinta kepadanya," katanya. Di sini kamu boleh jatuh cinta dengan seseorang kerana kalian berkongsi minat dan nilai yang sama. Akhirnya, faktor inilah yang memainkan peranan penting. KAWAN JADI BUAH HATI Keingina secara tiba-tiba untuk bersama dengan rakan platonik mungkin berisiko, dan menimbulkan rasa janggal. Tetapi Nadia, 29, mendapati perubahan itu boleh berlaku dengan lancar. "Dia dengan saya sangat rapat dan selesa berkawan sebelum kami mula menjalinkan hubungan, dan peralihan itu tidak begitu menimbulkan tekanan," jelasnya. POTENSI PASANGAN Jatuh cinta dengan kawan sendiri memberimu peluang lebih cerah untuk menjalinkan hubungan cinta jangka panjang bebanding apa yang kamu sangkakan, kerana "persahabatan adalah asas untuk hubungan yang menggembirakan," kata penyelidik, John Gottman, Ph.D., pengarah The Seven Principles for Making Marriage Work. Dan satu lagi sebab kenapa menjadi kawan terlebih dahulu lebih baik untuk masa depan: "Kamu sudah tahu dan sudah faham perangai masing-masing," jelasnya. Satu peringatan: Kamu merasa selesa dari peringkat awal, hinggakan tidak dapat merasakan "asyik" cinta baru. Akhirnya, fikiran jadi celaru. "Mengekalkan perasaan cinta yang membara adalah cabarannya," kata Godek. Kamu mesti mempunyai matlamat untuk sentiasa menghangatkan cinta kamu. Apa kata cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Ajak si dia sertai Amazing Race atau berduet dalam pertandingan karaoke. Kenangan manis "kali pertama" pasti menyemarakkan rasa cinta. BENCI TAPI SAYANG Rasa nak menumbuk mukanya selepas kali pertama berbual dengannya? Awas ya! Perasaan "tidak suka" itu mungkin hanya "topeng" yang menutup tarikan emosi yang sangat kuat terhadapnya. POTENSI PASANGAN Dalam percintaan sebegini, pasti kamu "jarang" rasa bosan. "Keasyikan ketika detik awal jatuh cinta berjaya dikekalkan kerana pasangan terus mengingati apa yang menimbulkan bibit cinta daripada awal... Konflik!" kata Pines. Kamu sentiasa mempunyai "pengecas bateri" yang membantu mengekalkan kehangantan itu untuk satu tempohyang lebih lama. "Saya tidal menyukai Azlan pertama kali kami bertemu, danwalaupun kami saling menyintai sekarang, sekali sekala kami masih melakukan sesuatu yangmenimbulkankemarahan!" kataSarah, 30. Namun ada bezanya antara "bergaduh" dengan mengusik nakal ya.Jika ia berubah menjadi satu "peperangan" ada kemungkinan cinta kalian tidak berkekalan. Justeru bercinta elok-elok ya!