Thursday, December 9, 2010

Friday, December 3, 2010

KURNIAAN KASIHMU...



KURNIAAN KASIHMU………
karya: MOHD ZAMRI JULI

Setelah ku damba kasihmu
Ku temu cahaya kurniaanmu
Ya Allah aku bersyukur
Diberi secebis ruang untuk berteduh di sini
Dalam mengenali erti kehidupan….

Kau temukan aku pada insan mulia
Kau temukan aku pada keikhlasan sekeping hati
Ku bersyukur kepadamu
Atas kurniaan ini

Ku diajar penuh kasih
Ku dibelai penuh mesra
Selembut kasih ibu
Setegasnya teguran ayah
Sesuci itulah kasihmu Guru,,,

Terima kasih semua atas pertemuan ini
Tiada niat nak melupakan mu guru
Anak didikmu terpaksa melangkah pergi
Demi mengejar mimpi yg dihajati

Ilmu kau beri tetap abadi
Senyuman manismu tetap berseri di hati
Pintaku guru..
Maafkan andai aku ada mencalar hati
Pertemuan kita ketentuan ilahi

Ya Allah…
Ku bersyukur pada cahaya kasihmu ini……

MY GROUP...DA 3 @ SUTERA BAYU GROUP




Kumpulan DA 3 yang dianggotai oleh 3 anak muda iaitu Erna Fazira,Ruzaini Roslan dan Nazreen Diddy merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan atas dasar minat yang cukup mendalam dalam bidang seni suara.Kumpulan DA 3 berbekalkan bakat dan pengalaman bersedia untuk mendapat tempat di bidang seni suara tanah air.Kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai Sutera Bayu sering diundang untuk membuat persembahan majlis makan malam di sekitar Sarawak.
Kumpulan DA 3 yang ditemui ketika menjayakan Majlis Jumpa Kembali Di Aidilfitri telah menghiburkan para hadirin dengan pelbagai rangkaian lagu dengan cara mereka tersendiri.Kumpulan DA 3 menjelaskan,mereka berkemampuan mempersembahkan pelbagai jenis lagu bersesuaian dengan majlis.Namun minat mereka lebih kepada irama pop.
Kumpulan DA 3 pada awalnya merupakan ahli-ahli Tunas Budaya SK SEMARIANG.Minat dan bakat yang sama membuatkan mereka bertekad untuk bergabung membentuk sebuah kumpulan.Kumpulan yang di bawah pengurusan Encik Mohd Zamri ini yakin mereka akan mampu berjaya seperti anak seni yang lain.Menurut Encik Mohd Zamri,Kumpulan DA 3 mempunyai pengalaman dalam bidang tarian dann nyanyian.Melihat bakat yang besar pada tiga orang anak muda ini membuatkan beliau tekad untuk mengembangkan bakat mereka dengan adanya sokongan daripada keluarga masing-masing.Beliau amat mementingkan disiplin dan komitmen yang tinggi daripada Kumpulan DA 3.
Ruzaini Roslan,15 berkata walaupun beliau masih bersekolah namun pelajaran tetap diutamakan.Penyertaannya dalam Kumpulan DA 3 membolehkan dirinya mengasah bakat ,membina keyakinan dan mencari pengalaman dalam bidang nyanyian sekaligus dapat mengelakannya daripada gejala tidak sihat.Ruzaini yang dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin sentiasa mementingkan disiplin yang tinggi dalam kumpulan DA 3.Ruzaini amat meminati lagu Belaian JIwa dan berkemampuan membawa pelbagai jenis irama namun irama kesukaannya ialah Pop Rock yang sentiasa menjadi pilihannya ketika membuat persembahan.Ruzaini mengidamkan untuk melahirkan single sebagai langkah awalnya untuk melangkah jauh dalam bidang seni suara.
Erna Fazira Ibrahim, 16 pula berkata,menyertai kumpulan DA 3 banyak memberinya peluang untuk menimba pengalaman dalam persembahan.Erna yang mendapat sokongan kuat daripada ayahnya Encik Ibrahim amat meminati Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.Bakat Erna telah mendapat pujian daipada salah seorang Komposer terkenal di Kuala Lumpur setelah melihat video persembahan Erna di U Tube.Memandangkan Erna masih bersekolah menyebabkan dia masih belum berkesempatan untuk berjumpa Komposer tersebut.Erna yang merupakan anak bongsu berkebolehan membawa pelbagai genre lagu namun lagu balada dan irama tradisional sering menjadi pilihannya ketika membuat persembahan.
Nazrin Diddy,19 selaku ketua kumpulan pula berkata,menjayakan persembahan bersama kumpulan DA 3 banyak memberi pengalaman kepada nya sekaligus memberi keyakinan kepada dirinya dalam bidang nyanyian.Walaupun kini melanjutkan pelajaran di UPSI,namun Nazrin tetap meluangkan masa untuk menjayakan persembahan bersama kumpulan DA 3.Nazrin ingin menempatkan dirinya sebaris dengan artis-artis yang berjaya pada masa kini.Nazrin yang meminati Annuar Zain dan Jaclyn Victor berkemampuan membawa pelbagai genre lagu.
Kumpulan Da 3 berharap mereka akan berjaya suatu hari kelak.Mereka berterima kasih kepada Encik Mohd Zamri kerana banyak membimbing dan yakin pada bakat mereka sekaligus banyak membantu mereka ketika menjayakan persembahan.Sesiapa yang ingin menjemput kumpulan DA3 membuat persembahan bolehlah menghubungi Encik Mohd Zamri-.Sesiapa yang ingin menyaksikan persembahan kumpulan DA 3,bolehlah melayari U Tube dan menyertai DA 3 di Facebook.

TERBARU...17 DISEMBER..bakal disiarkan...

Terbaru daripada saya..
Tunggu ya dalam masa terdekat...

17 Disember...karya MOHD ZAMRI JULI

KIsah pengorbanan seorang abang demi adik beradik yang tercinta...