Monday, May 30, 2011

KARYA_KARYA KU..






JOM...JOM..JOM....KELAKAR SARAWAK.....


Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak.
Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta" bermaksud "Saya ada kereta".

Kata "Kame'" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata "Saye" juga sama halusnya dengan kata "Kame'". Jika "Kame'" umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi tak terlalu pantas digunakan terhadap orang yang baru kita kenal. Misalkan dengan orang yang kita barusan bertemu di atas Bis. Sedangkan kata "Saye" bisa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat dan orang yang telah lama kita kinal, dan juga pantas dan layak saja jika kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.

Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat
[sunting] Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kitak ada kereta" bermaksud "Awak ada kereta".

Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata "Kitak" berarti kalian. Sedangkan awak=kau=anda
[sunting] Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek gik molah kerja" bermaksud "Saya sedang buat kerja".
[sunting] Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek sik tauk" bermaksud :Saya tidak tahu".

Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;

* Kenak = Kenapa
* Kenak = Kena
* Tangga = Tenguk/Lihat
* Diat = Lihat/Tengok
* Tunggah = Panggil
* Padah = Beritahu
* Engkah = Letak
* Embak = Bawa
* Mikik = Baiki
* Kepak = Penat
* Nekik = Daki
* Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
* Lonjong = Panjang
* Asuk = Anjing
* Pusak = Kucing
* Manok = Ayam
* ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
* Geruk = Leher
* Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
* plente = Bergurau
* Pebulak = Penipu
* Berolah = Nakal
* Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
* Sitok = Sini (di sitok = di sini)
* Tapak = Pinggan
* Cangkir = Cawan
* Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
* Polah = buat / lakukan
* Dibah = Di bawah
* Semangka = Tembikai
* Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
* Pusuk = Ikan Bilis

Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:

* Ladin = Pisau
* Lang = Pintu
* Sukut = sisi
* Pagu = Para
* Telok = Bilik
* Diniari = Subuh
* Pagi awal = Awal pagi
* Gadong = Hijau
* Kalas = Merah jambu
* Ngkodok = Ungu
* Minyak = cuma
* Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)

JOM..KELAKAR SARAWAK





Mari Kelakar Sarawak!


INIlah peluang untuk anda mempelajari Bahasa Sarawak yang unik. Manalah tau, mungkin satu hari anda berpeluang untuk melawat Bumi Kenyalang yang indah permai, maka dapatlah kita bercakap bahasa dia oarang ni. Taklah kekok sangat bila nak berinteraksi dengan orang di Sarawak.

Di bawah ini adalah beberapa perkataan yang sering digunakan didalam percakapan seharian Melayu Sarawak. Untuk makluman semua, Bahasa Melayu Sarawak digunakan dengan meluas di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Di Limbang dan Lawas, Bahasa Malaysia adalah perantaraan yang digunakan oleh penduduk setempat.

Sebutan Bahasa Melayu Sarawak yang ketara adalah pada huruf "r" dimana ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu diutara Semenanjung.

Bahasa Melayu Sarawak..BAHASA MALAYSIA
Kamek Saya
Kitak Engkau
Nya Dia
Sik Tidak / Tak
Sik Ada Tiada
Sikboh Jangan
Kenak Kenapa
Sitok Sini
Sinun Sana
Sia Disana
Siney Dimana
Ne Mana
Madah Cakap / Beritahu
Kelakar Bercakap / Bersembang
Sidaknya Dia orang
Sidak Orang
Empun Punya
Kinektok Sekarang
Dudi Kemudian
Gago Sibuk
Ya Itu
Ari Marek Kelmarin
Ari Ya Hari Itu
Bulak Bohong
Tukuk Ketuk
Palu Pukul
Tikam Baling / Lontar
Congek Manja
Gelik Risau
Sigek Satu
Duak egek Dua
Tiga igek Tiga
Biak Budak
Miak kecik Budak Kecil
Debah Dibawah
Nyaman Sedap
Motor Kereta
Paloi Bodoh
Kedak ya Macam itu
Gia Macam itu
Cam ya Macam itu
Kembang Bengkak
Lawa Sombong
Kacak Cantik
Gilak Sangat
Ceridak Tak Terurus/pengotor
Ngambor Bersepah
Entingal Degil`
Plente Main-main
Nekik Naik / Panjat
Geruk Tengkuk
Somet Misai
Jeraya Jalanraya
Singkol Rasa Pelik/tak selesa
Pasar Pekan
Nerais Teriak / Jerit
Nyering Bunyi kuat
Lamak Lama
Tunggah Panggil
Temu Jumpa
Pusak Kucing
Asuk Anjing
Manok Ayam
Gadung Hijau
Lejuk Jemu
Bait Baik
Belon Kapalterbang
Gerek Teman Lelaki / Wanita
Bergerek Dating/ada ikatan
Can Teman Istimewa
Lan Jom/mengajak

Sunday, May 29, 2011

BERSAMA D.N



satu renungan...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

With D.N...







UCAPAN ISTIMEWA



UCAPAN ISTIMEWA SEMPENA HARI GURU 2011

KAU ILHAMKU...


Kau Ilham Ku



Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...