Thursday, June 23, 2011

SKRIP...MC Org Kahwin...



SAJA-SAJA NAK SHARE... contoh Skrip untuk majlis kahwin.

Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
ISKANDAR BIN SARBINI
Dengan isteri tersayang
Kamisah bt Norni


PALUAN KOMPANG

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Bekenu pergi ke Panglima seman
Singgah sebentar membeli keris
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.




Hari ini menanam jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Tuan Hji Sarbini Bin Haji Hassan serta isteri Hajjah Dayang Salbiah binti Awang Jali selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Iskandar bin Haji Sarbini dan isteri Kamisiah bt Noni, yang dihormati En Norni Bin Pawi dan Pn Dara Hj Sanai ,rombongan pengantin perempuan,keluarga, saudara-mara, , rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang d iRahmati Allah S.W.T. sekalian.

pada hari yang berbahagia ini, diucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Iskandar Bin Hj Sarbini dan Kamisiah Bt Noni

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rozelan bin Drahman di atas bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu


Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,si gadis datangnya jauh Dari Bekenu miri,membawa diri ke Kuching untuk melanjutkan pelajaran di UITM,Kota Samarahan.Si jejaka pula asalnya di Kuching dan ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK KUCHING.Sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan tuhan.. Percintaan kedua memperlai bermula terlalu indah .Mula berkenalan ketika sama-sama bermain bowling di Riverside Parkson pada tahun 2003..Mata sama menjeling hati tertawan, lantas salam dihulur saling berbalas dan no telefon pun saling bertukar,hati mula terasa.Dipermudahkan lagi dengan kemudahan 3 second talk yang disediakan oleh pihak CEelcom,maka perasaan pun dilafazkan dan bermulanya sebuah perhubungan suci. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, CINTA DI BOWLING dan CELCOM ini akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 26.04.2009 dan kemudiannya kedua-dua mempelai mendirikan mahligai perkahwinan pada 10 oktober 2010 yang lalu di BEKENU, MIRI. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, Kita raikan sekali lagi Pasangan Mempelai di MAJLIS PERSANDINGAN yang penuh berbahagia ini.


Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –TUAN HAJI SARBINI B HJ HASSAN,ayahanda pengantin lelaki

Seterusnya –Puan Hajjah Dyg Salbiah bt Awang Jali,Bonda Pengantin Lelaki

3 –En Norni bin Pawi,ayahanda pengantin lelaki

4 –Pn Dara bt hj Sanai..
Bonda pengantin perempua

5 –Hj Sanai bin Hashim

6 –Pn Munah bt Johor

7 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Kini tiba masanya acara untuk memotong kek
Majlis menjemput pasangan mempelai untuk memotong kek tanda termeterainya kasih sayang dua hati yg diikat menjadi satu.Dengan segala hormatnya dipersilakan…Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama berhibur dengan nyanyian lagu-lagu daripada kumpulan DA3 dari SUTERA BAYU ENTERTAINMENT.






Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi




dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.Majlis menjemput pasangan mempelai untuk bersalaman para hadirin.


Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

1 comment: