Friday, July 23, 2010
KASIHMU CIKGU ZAM....(BAHAGIAN KE 3)....Karya: MOHD ZAMRI BIN JUL I-24 JULAI 2010 (ENDING YANG LATEST EDIT)
UTUSAN SARAWAK..24 JULAI 2010(BHGN KE 3)
Fidzian terkaku.Dia bagaikan tidak percaya pada apa yang dilihatnya.Dia ingin menjerit sekuat hati bagi melepaskan kesedihannya.Perasaan kesal dan berdosa telah menghiris perasaannya.Masih dia teringat,wajah Cikgu Zam semasa diherdiknya dulu.Namun Cikgu Zam tetap tidak pernah menghukumnya ataupun memarahinya.Puas juga dia berbohong,namun Cikgu Zam tetap tidak pernah berputus asa.Semangat seorang pendidik cukup kebal dijiwa guru yang sentiasa disenangi oleh para anak didiknya itu..Airmata Fidzian masih berlinangan.Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang sebenarnya.Teringat Fidzian pada prinsipnya dulu,kalau nak berbohong ker,nak kata apa ker,semuanya free of charge.Tapi kini dia terpaksa menanggung pembalasannya.Sesungguhnya Allah itu maha adil.”Inilah pembalasan untuk aku.Aku tidak berkesempatan untuk mendapat kemaafan dan keampunan daripada Cikgu Zam.”bisik Fidzian dalam hati.
“Aku minta maaf sebab tidak memberitahu kau terlebih dahulu.Aku tidak sampai hati hendak memberitahu kau,”terang Daus sambil memujuk Fidzian.Fidzian hanya mengangguk perlahan.Mata Fidzian masih tertunduk memandang batu nesan yang kaku.
“Aku berdosa…aku terlalu banyak berdosa kepada Cikgu Zam.….,”kata-katanya terhenti.Fidzian mengangkat mukanya.Airmatanya deras mengalir.Fidzian teresak-esak menangis.
“Fidzian,sebelum pemergiannya,Cikgu Zam ada berjumpa dengan aku dan meminta aku menyerahkan surat ini kepada kau.Dia meminta aku menyerahkannya kepada kau sekiranya aku berkesempatan berjumpa dengan kau,”ujar Daus lalu menyerahkan surat berwarna putih ke tangan Fidzian.
Buat Mursya Fidzian,
Saat Fidzian membaca surat ini,cikgu telah berada jauh dari sini.Bukan bermaksud cikgu untuk membenci Fidzian tetapi keadaan tidak mengizinkan.Walaupun apa yang pernah berlaku,sejujurnya cikgu katakan,cikgu tetap tidak pernah membenci ataupun menyimpan perasaan dendam pada Fidzian.Malah cikgu terlalu bangga kerna pernah mengenali Fidzian.
Lihatlah kejayaan Fidzian sekarang.Inilah yang cikgu amat harapkan.Syukur..Fidzian telah melakukan segala yang cikgu inginkan.Cikgu berasa amat berbangga.Sejak dulu lagi,cikgu yakin Fidzian seorang pelajar yang berpotensi untuk berjaya dan mampu untuk mencapai kejayaan.Syabas,Fidzian telah membuktikannya kepada cikgu !.
Kita tidak mampu melawan suratan takdir.Setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya.Namun jangalah disesali segala yang berlaku.Jangan Fidzian berasa bersalah terhadap segala perbuatan yang Fidzian lakukan kepada cikgu dulu.Seperti yang cikgu janji dulu,dengan seikhlasnya cikgu memaafkan Fidzian dan mengembalikan segala kepercayaan cikgu kepada Fidzian.
Salam manis,
Cikgu Zam
“Fidzian……relakanlah pemergiannya.Sedekahkanlah Al Fatihah.Itulah yang terbaik.Doakanlah semoga dia sentiasa tenang disisiNya”Daus bersuara perlahan.Fidzian semakin teresak menangis di sebelahnya.
Fidzian kemudian menikam pandangannya ke hadapan.Teringatnya kata Daus dulu,Kita mudah meremehkan segala yang ada di hadapan mata,kita pasti akan menyesali apabila ianya sudah tiada.
KARYA: MOHD ZAMRI JULI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment