Wednesday, June 22, 2011

BIAR...BERILMU


The great aim of education is not the knowledge, but ACTION"- Herbert Spencer

" Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad" sabda Rasulullah S.A.W

Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muaz R.A,
"ilmu adalah imam manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)".

Di sinilah hubungan dan peranan antara ilmu,amal,iman yang mana dapat disimpulkan:

Amal tidak akan lahir tanpa ilmu,
Amal tidak akan sempurna tanpa ilmu,
Iman terhadap allah takkan sempurna tanpa Ilmu,
Iman terhadap Allah takkan sempurna tanpa amal,

Kalau anda mengaku anda orang beriman, maka anda mesti ada ilmu dan mesti beramal.

Setuju?

Anda mesti setuju bukan? Kalau anda tidak setuju untuk beriman kepada Allah,tempatnya di neraka wahai kawan.

Mungkin agak kasar tetapi ini adalah hakikat.Sedangkan sauna pun sesak nafas dibuatnya apatah lagi api neraka.

Beramallah setakat yang kita mampu, jangan beralasan tidak cukup ilmu maka tidak boleh mula berjuang,ilmu itu datang dengan usaha dan masa.

****

Marilah kawan dan sahabat,

Islam ini tidak pernah memerlukan anda,andalah yang tersangat memerlukan Islam.

Anda berjuang ini adalah untuk diri anda juga.Bukankah anda sedang mencari tiket ke syurga?

Selalu kita jumpa sahabat yg 'slow', kadang-kadang hati sakit bila teringatkan mereka yang dulunya sahabat karib kita, rakan sepermainan dan setamrin dengan kita.


Seringkali, mereka ini dulunya lagi hebat dari kita, lagi besar auranya, lagi karisma penampilannya.Lagi tinggi ilmunya malah paling kedepan geraknya.

Malang, bilamana benih-benih bermutu ini meninggalkan perjuangan, meninggalkan sahabat-sahabat terkontang-kanting mengatur gerak,terkinja-kinja mengatur waktu, sedangkan gerak kerja itu lebih banyak dari masa yang ada.

Tidak kasihankah anda dengan sahabat-sahabat anda? Tergamakkah anda melayan mereka sedemikian?

Diulangi.Tidak kasihankah anda dengan sahabat-sahabat anda? Tergamakkah anda melayan mereka sedemikian?

Anda? [Ini cuma assumption]

a)Bersenang-lenang fokus kepada kerja,biar kerjaya anda berkembang dengan subur, moga-moga dapat naik pangkat cepat.

b)sibuk berfikir jalan untuk jadi jutawan sebelum umur merangkak 40.

c)Memuaskan diri dengan melakukan hobi yg sekian lama berkarat akibat sibuk kerja jemaah satu ketika dahulu. Anda keluar memancing, anda pergi melancong, anda pergi membeli-belah,anda beli motor besar,anda beli kereta besar.

d)Anda buat semua yang terfikir akal anda dan termampu oleh dompet anda.

Anda buat semuanya sampai satu hari anda tanya diri anda sendiri-"Ape lagi yang aku tak buat ye? Bosan betul duk KL ni"

Terasa dengki dengan 'senang'nya hidup mereka.Tapi apakan daya,ini satu-satunya jalan yang ada.Tiada pilihan lain.

Maka, kuatkan sabar anda,hari ini hari mereka berehat,Insyaallah nun dimasa depan, akan ada hari untuk kita berehat.Tak sabar menunggu hari itu.

Kesimpulan, marilah kita mencari ilmu sampai kita yakin.Kemudian beramal dan bekerjalah untuk Islam sekuat hati anda.Lebih kuat dari yang anda curahkan untuk kerjaya anda.Buat sampai satu tahap, anda sudah tidak terasa dengan cercaan manusia. Ya Allah, satukanlah dan kuatkanlah hati-hati kami ini Ya Allah!

Jangan bimbang, Allah itu Maha Adil!

No comments:

Post a Comment