Saturday, July 18, 2009

CERPEN: CIKGU ZAM








CIKGU ZAM-Karya: Mohd Zamri bin Juli


Zulaihi mengayuh basikalnya laju masuk ke perkarangan sekolah.Matanya liar memerhati pengawas yang
bertugas di pintu masuk.

Hatinya berdebar kencang.Loceng sudah dibunyikan lima belas minit yang lalu.Hari ini dia lewat lagi.Sudah sekalian kalinya dia terlewat.
Zulaihi terus berjalan pantas ke Blok F.Kemudian menaiki tangga ke tingkat dua.Tangannya sibuk memasukkan hujung baju ke dalam seluar.Dia tidak sempat mengemas dirinya tadi.Dia agak lewat terjaga daripada tidur.Jam sudah menjamah pukul 6.50 pagi.Baru dia tersedar.Semalam dia terlalu penat.Pukul 3 pagi baru matanya terlelap.Kepenatan badannya masih belum hilang.Dia terlalu letih.
Sesampai di pintu kelas,dilihatnya Cikgu Zam sudah memulakan proses pengajaran. Dia segera memberi salam lalu bergegas menuju ke tempat duduk.Langsung tidak dihiraukan gelagat Raz yang memandangnya dengan cukup sinis.Cikgu Zam menjeling tanpa berkata apa-apa.Matanya terus mengekori perjalanan Zulaihi ke tempat duduk.Pelajar yang lain begitu leka menyalin nota yang ditulis di papan hitam.Suasana di kelas Tingkatan 4 Sastera 3 cukup tenang.Setenang pagi yang hening.
“Cikgu mahu anda hantar kerja rumah yang cikgu berikan semalam,”Ujar Cikgu Zam cukup tegas.Hildarika selaku Ketua Tingkatan segera bangkit lantas segera mengutip lampiran kerja rumah daripada rakan sekelas.Dia tahu Cikgu Zam pasti membebel kalau dia lambat berbuat begitu.Kelihatan dari belakang, Zulaihi menggaru-garu kepalanya.Dia seperti memaklumkan sesuatu ketika Hildarika singgah di tepi mejanya.Zulaihi jelas kebingungan.
Cikgu Zam memandang ke arah Zulaihi.Dia yakin anak muda yang bermata coklat itu tidak menyiapkan kerja rumah.Zulaihi turut memandang ke arahnya.Wajahnya sayu seolah memohon simpati.Cikgu Zam cukup hairan.Zulaihi pelajar yang pintar.Mengapakah Zulaihi mempersiakan masa hadapannya?.Mengapakah anak muda itu jauh berubah?.Mengapakah anak muda itu seperti menjauhkan diri darinya sejak kebelakangan ini?.Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Cikgu Zam.Wajah Zulaihi dipandangnya lagi.Tergambar perasaan bersalah di wajah anak muda itu.Hati Cikgu Zam berasa cukup sayu melihat wajah itu.Dia bertekad untuk mencari jawapannya.
Cikgu Zam masih lagi leka memerhati anak-anak didiknya menyiapkan latihan sejarah yang diberikan.Sekali lagi pandangannya terfokus ke arah Zulaihi.Sikap Zulaihi yang penuh kesederhanaan itu membuatkan dia teramat menghormati anak muda itu.Terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dengan para pelajar yang lain.Anak muda sekarang dilihatnya semakin hanyut dengan gaya hidup yang penuh kemewahan.Ada yang semakin leka bergaya .Ada pula yang khayal dengan telefon bimbit sekaligus terbuai dalam dunia sms.Ada pula yang tenggelam dengan dunia motosikal.Sampai sanggup datang ke sekolah dengan membonceng motorsikal tanpa lesen.Suka menunjuk-nunjuk.Satu sikap yang dianggap mereka sebagai satu amalan terpuji.Adakalanya bantuan biasiswa dan wang KWAMP disalahgunakan.Dengarnya wang bantuan banyak digunakan oleh pelajar untuk membeli telefon bimbit,isi relod dan bergaya.Hakikatnya... keperluan untuk pembiayaian sekolah masih banyak yang terabai.”Ah...Bantuan dan kemudahan disalahgunakan !.Aduh...terlalu leka remaja kini dihanyut hidup yang penuh khayalan!.Sampaikan tujuan utama datang ke sekolah pun sudah dilupakan.Rajin sememangnya rajin datang ke sekolah.Tapi tujuan datang ke sekolah sudah jauh tersimpang.Lebih untuk bersuka khususnya anak muda yang sudah mula pandai berpacaran.Sekolah sudah bertukar fungsi sebagai tempat untuk berasmara,”Panjang Cikgu Zam bermonolog lantas tersenyum dalam hati.”Inikah anak bangsa yang dijadikan harapan negara?”Bisik hati kecilnya sekali lagi.
Cikgu Zam terus memerhati.Dilihatnya Akram sedang menulis.Cikgu Zam tersenyum sinis.Dia tahu.Anak muda itu penuh kepuraan.Memakai songkok sekadar untuk menyembunyikan fesyen rambut ala Toma Hawk daripada pengetahuan pihak sekolah.”Ah..terlalu pentingkan gaya .Tapi pelajaran tidak ke mana.Keputusan ujian pun setakat cukup makan,”.Bukan maksud Cikgu Zam untuk menghina tapi kasihan apabila masa hadapan diperjudikan dengan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa.Cikgu Zam kemudiannya memerhati Jerin.Pelajar yang manja itu sering meminta perhatian.”Ah....pelbagai gelagat remaja zaman ini!”.Dia kembali memerhati Zulaihi .”Anak muda itu terlalu penuh kesederhanaan.Tapi kesederhanaan itu banyak mengajar Zulaihi erti kehidupan,”Cikgu Zam berasa bangga melihat anak muda itu.Dia tetap dengan cara tersendiri.Tidak terpengaruh pada corak kehidupan remaja sekarang.Cikgu Zam yakin.Anak muda berkulit sawo matang itu cukup tabah.Tetap kental pada suratan yang ditentukan.
Kampung Boyan semakin popular sejak kebelakangan ini.Gerai-gerai makan tumbuh bagaikan cendawan.Keindahan suasana malam minggu di kampung yang menghadap kawasan segi tiga emas bandar raya Kuching itu terlalu indah.Cukup aura untuk memanggil para pengunjung datang bertandang.Cikgu Zam berasa begitu puas memandang.”Terlalu mendadak kemajuan di kampung itu,”Bisik hatinya.
Kelihatan para pelancong turut menjamu selera di situ.Ingin mencuba masakan tradisional orang Sarawak.Kelihatan di dada sungai,masih ada yang leka menjala ikan untuk dibawa pulang.Ketika leka memandang suasana di situ,pandangannya tertangkap pada seorang anak muda yang begitu sibuk mencuci pinggan mangkuk di gerai Pak Abi.Dia terus memerhati.Pandangannya cukup yakin.Bukan pelanduk dua serupa.Cikgu Zam segera melihat jam di tangannya.Sudah pukul 1 pagi.Cikgu Zam kehairanan.Anak muda itu masih lagi leka di situ .
“Mee kolok kau ni dah sejuk.Cepatlah makan,”kata Hassan yang leka memerhati gelagat Cikgu Zam sejak tadi.
“Cuba kau tengok anak muda yang memakai baju warna coklat itu.Itu pelajar aku.Patutlah dia selalu datang lewat ke kelas.Kerja rumah pun selalu tidak disiapkan,”Cikgu Zam seolah baru bertemu jawapan yang dicarinya selama ini.Mee Kolok yang dipesannya tadi sudah tidak menarik selera.Kelibat Zulahi mencuri perhatiannya.
“Biarlah budak itu......Ini bukan masa bersekolah.Tidak perlulah kau sibuk pasal budak itu.Cukuplah kau mengajarnya semasa di sekolah.Aku rasa kalau di luar sekolah,itu bukan masalah kau.Pandai-pandailah dia bawa diri,”Hassan sebenarnya kebingungan melihat gelagat kawan baiknya.
“Kata-kata Hassan ada kebenarannya.Aku tidak perlu sibuk pasal Zulaihi.Hal Zulahi di luar sekolah bukan urusan aku.Aku tidak perlu penat memikirkan,”Cikgu Zam cuba untuk menenangkan perasaannya sendiri.Cikgu Zam kemudian merenung keindahan Tebingan Sungai Kuching yang terletak di seberang .”Hassan tidak mengerti.Aku seorang guru.Aku perlu peka tentang anak didik aku,”Cikgu Zam cuba mempertahankan jiwa seorang pendidik .Air Sirap bandung dihirupnya perlahan.Cikgu Zam cukup akur.Tugas seorang pendidik tidak seperti tugas lain.Hanya seorang guru yang dapat memahaminya.Jiwa sebagai seorang guru yang sejati sudah sebati dalam jiwanya.Alasan itulah kuat menghalangnya mengakui kebenaran kata-kata Hassan.Teringat kata-kata seorang pensyarah,Seorang guru yang terbaik adalah seorang guru yang sentiasa memahami dan mengenali pelajarnya.
Loceng untuk masa balik telah dibunyikan.Jerin dan Udin kelihatan bergegas meninggalkan kelas.Zulaihi masih lagi duduk di kerusi.Tangannya perlahan memasukkan buku-buku ke dalam beg sekolahnya.Suasana di kelas sudah mula beransur sunyi.Hanya Zulaihi seorang yang berada di situ.Dia termanggu sayu.Terpapar kepedihan diwajahnya.
“Rasanya Pak Usu dan Mak Usu sudah tidak mampu untuk menjaga Angah lagi.Anak Pak Usu terlalu ramai.Jadi..... Pak Usu dan Mak Usu bercadang untuk menghantar Angah ke rumah anak yatim.Ini demi kebaikan masa depan Angah sendiri.Maafkan Pak Usu ye.....!”Kata-kata Pak Usu kembali bermain di fikirannya.Zulaihi pening memikirkan keputusan yang dilakukan Pak Usu semalam.Tidak lama lagi dia akan dihantar ke rumah anak yatim.Hidup menumpang kasih bersama rakan-rakan senasib.Hatinya cukup keberatan untuk tinggal di situ.Tanpa disedari,airmata Zulahi mengalir menjamah pipinya.Kemudiannya dia merebahkan kepala di atas meja tulis.Betapa saat ini dia begitu perlukan perhatian seseorang.Lama berfikir. Zulaihi akhirnya terpaksa akur atas keputusan Pak Usu.
Cikgu Zam duduk termenung di bilik guru. Sebentar tadi ,semasa dia hendak mengambil buku yang terlupa di kelas 4 Sastera 3 ,dia terlihat Zulaihi seorang diri di dalam kelas.Kelihatan termenung jauh.”Mengapakah Zulaihi belum pulang?”.Lama dia memerhati gelagat Zulaihi.Dia cukup hairan apabila terlihat Zulahi tiba-tiba menangis.Dia cukup bersimpati.Ingin segera dihampirinya Zulahi tetapi dia takut kehadirannya mengganggu.
“Mengapa budak itu menangis?.Apakah yang disedihkannya?.Mungkinkah Zulaihi masih belum dapat menerima kenyataan ?”Pelbagai persoalan singgah di kotak fikiran.Sudah hampir 3 tahun dia mengenali Zulaihi.Tetapi sejak masuk ke tingkatan 4,remaja itu sudah banyak berubah.Pelajarannya semakin merosot.Namun yang tetap tidak berubah,anak muda itu tetap penuh dengan kesederhanaan.”Mengapakah dia berkeadaan sebegitu?”
Malam semakin larut.Hanya cahaya lilin yang menerangi rumah Pak Ngah yang semakin usang.Di kamar yang terletak berhampiran sudut dapur, kelihatan Zulaihi mengemas pakaiannya.Satu persatu baju dan buku-buku dimasukkan dengan kemas ke dalam beg.Pak Usu dan Mak Usu duduk di sebelahnya sambil merenung Zulahi.Zulahi faham.Apa yang dilakukan oleh Pak Usu adalah untuk masa depannya sendiri.Dia pun tidak sanggup untuk berterusan menyusahkan Pak Usu sekeluarga.Walaupun selama ini dia turut membantu meringankan beban Pak Usu dengan bekerja di gerai Pak Arbi tapi Pak Usu tidak sanggup melihat Zulaihi berterusan begitu.Anak saudaranya itu mempunyai potensi yang terbaik untuk maju dalam pelajaran.Zulaihi perlu ada masa hadapan yang cerah.Rumah anak yatim adalah tempat yang sesuaI untuk Zulaihi.
“Bersabarlah ....Percayalah.Ini yang paling terbaik untuk hidup Angah..”
“ Angah faham.......Sudah tiba masanya untuk Angah berdikari,”
“Pandai-pandailah jaga diri.Kalau ada kelapangan nanti,Pak Usu pasti datang melawat.Cuma Pak Usu pesan agar Angah jangan lupakan pesanan arwah ayah dan ibu,”
“Angah janji.Angah akan cuba buat yang terbaik untuk masa depan.”
Zulaihi segera mencium tangan Pak Usu.Mak Usu begitu sayu memandang.Airmatanya berguguran.Lantas dipeluknya anak saudaranya itu.Terasa berat untuk melepas Zulaihi pergi .




“Kenapa Zulahi tidak datang?”
Hildarika hanya mengelengkan kepala.
“Mungkin dia demam,”jawab Nadiati dengan selamba dari belakang.
“Zulaihi itu budak malas.Ala...dia ponteng lah tu,”
“Entah-entah.....dia sudah berhenti sekolah,”
“Ala...cikgu!.Budak malas macam Zulaihi tu.....manalah ada minat nak turun ke sekolah.Lain lah macam kami ni,”
Cikgu Zam segera memaling wajahnya menghadap ke papan hitam lantas menulis tajuk yang hendak diajarnya.Malas rasanya hendak terus bertanya.Pasti pelbagai alasan diberikan oleh para pelajar.Cikgu Zam sedar.Ramai pelajar yang cemburu melihat Zulaihi yang begitu rapat dengannya. Hari ini sudah masuk hari yang ke empat semester dua bermula.Zulaihi belum lagi menjengok muka ke kelas.Cikgu Zam cukup hairan.Selama ini Zulaihi tetap datang walaupun selalu terlajak masa.Cikgu Zam terus memulakan pengajarannya seperti biasa.Matanya terpandang ke arah bangku kosong di barisan paling belakang.Teringat wajah anak muda yang penuh kesederhanaan.Dia cukup bersimpati pada Zulaihi.Dia ikhlas dan bersedia untuk membantu sekiranya Zulahi memerlukan bantuan.
Hari ini sudah seminggu Zulaihi menghuni di RUMAH YATIM SERI KASIH.Dia cuba untuk membiasakan diri.Syukurlah..dia mula diterima oleh teman-teman yang senasib.Zulaihi tiba-tiba merenung jauh.Hmmmm...dia tiba-tiba rindu untuk mula bersekolah.Tiba-tiba dia rindu pada sekolahnya.Dia teringat pada Cikgu Zam tetapi Zulaihi perlu akur.Dia terpaksa bersekolah di sekolah yang baru..Urusan pertukaran sekolah masih belum selesai..Walau apa pun keputusan ,Zulahi terpaksa akur dengan kehendak Pengetua Rumah Yatim Seri Kasih.
“Cikgu harap awak tabah menerima suratan takdir.Apa yang terjadi adalah kehendak ilahi.Kalau awak ada masalah,jangan segan silu berjumpa cikgu.Anggaplah cikgu seperti keluarga Zulaihi sendiri.”Kata-kata Cikgu Zam bermain kembali di ingatannya.Zulaihi faham.Sejak kemalangan ngeri yang meragut nyawa keseluruhan keluarganya.Zulahi hilang tempat bergantung.Hilang tempat untuk bermanja dan menumpang kasih.Selain Pak Ngah sekeluarga,hanya Cikgu Zam yang mengambil berat tentang dirinya.”Cikgu tahu awak sayangkan ayah,ibu,adik dan Kak Long awak.Tapi awak perlu redha dengan apa yang berlaku.Awak perlu meneruskan hidup awak.Awak perlu meneruskan harapan arwah ibu bapa awak yang pasti mahu melihat awak berjaya,”Pujuk Cikgu Zam untuk menenangkannya.Berita kemalangan bas ekspress yang meragut nyawa keluarganya terlalu pahit untuk Zulaihi telan .Mujurlah kata-kata nasihat dan semangat yang diberikan oleh Cikgu Zam sentiasa menjadi pegangan.
Zulaihi tertunduk membisu.Hatinya tiba-tiba sepi.Dia kemudian merenung jam tangan jenama Adidas di tangannya.Itu pemberian Cikgu Zam sempena hari jadi nya yang ke 15.”Kau ni pandai membodek.Sebab itu Cikgu Zam baik kat kau.Kita tidak boleh ambil kesempatan di atas kebaikan Cikgu Zam tu,”Tuduhan Jerin cukup memanaskan telinga.”Aku tahu kau ni anak yatim.Tapi janganlah sampai meminta simpati daripada Cikgu Zam tu....Kau tidak tahu malu ke?”.Kata-kata Jerin cukup memanaskan telinganya.Zulaihi tidak pernah ada niat sebegitu.Dia sekadar ingin menumpang kasih.
Sejak tuduhan itu,Zulaihi mula menjauhkan diri dari Cikgu Zam.Dia tidak mahu terus dituduh sebegitu.Dia tetap punya maruah.Walaupun dia anak yatim piatu,dia tetap punya harga diri.Dia sedar Cikgu Zam cukup ikhlas dan begitu prihatin terhadap nasibnya.Dia juga tidak mahu Cikgu Zam terus dituduh pilih kasih.Tindakan yang diambilnya seolah orang yang lupa daratan.Tidak menghargai budi dan jasa guru yang cukup berjasa.Hakikatnya dia sentiasa mengingati pengorbanan Cikgu Zam padanya.Tiba-tiba sahaja dia teringat pada guru yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.
Malam semakin larut.Zulaihi masih lagi termenung sendirian di atas katil.Lampu asrama sudah dipadamkan sejak pukul 10.00 tadi.Nabil dan Nazril telah lama diulit mimpi.Dia teringat peristiwa pada malam itu.Dia terlihat Cikgu Zam menjamu selera di Gerai Pak Arbi.Dia cukup kaget.Lantas dia berpura-pura tidak melihat Cikgu Zam.Dia tahu guru itu leka memerhati gelagatnya.Dia meminta Azlizul pergi ke meja Cikgu Zam untuk mengambil pesanan.Dia tahu Cikgu Zam akan marah apabila melihatnya bekerja sampai larut malam di situ.Dia terpaksa.Dia terpaksa berkorban mencari wang untuk membantu Pak Ngah .Hidup Pak Ngah sekeluarga terlalu daif.Sesekali dia mencuri memandang Cikgu Zam yang ketika itu sibuk berborak dengan temannya.
Petang itu, wajah Cikgu Zam cukup sedih.Selesai aktiviti Kelab Giat Budaya,dia segera menuju ke tempat letak kereta.Pintu Naza Citra Merah dibukanya pantas.Dia terus masuk dan duduk bersandar di dalam kereta itu.Enjin kereta sengaja tidak dihidupkannya.”Zulaihi akan berpindah sekolah.Kita baru sahaja menerima surat pertukarannya.Dia sekarang tinggal di Rumah Anak Yatim Seri Kasih,”.Berita yang disampaikan oleh pengetua terlalu mengejutkannya,”.Kini dia bertemu jawapan yang dicarinya.”Terima kasih cikgu kerana mengambil berat tentang saya.Saya begitu bangga mengenali seorang guru yang begitu baik dan prihatin seperti cikgu,”kata-kata Zulaihi ketika menerima jam tangan pemberiannya singgah kembali di telinganya.”Cikgu berjanji.cikgu akan anggap Zulaihi seperti adik cikgu sendiri,”.Cikgu Zam melontar pandangan ke hadapan.Pastinya tidak akan kelihatan lagi anak muda itu mengayuh basikal masuk ke perkarangan sekolah.”Aku perlu berbuat sesuatu.Rezeki yang tuhan bagi tidak salah rasanya untuk aku membantu insan yang memerlukan.Aku ikhlas.Ya Allah..berkatilah niat hamba mu ini!”.Cikgu membulatkan keputusannya.
“Ada sesuatu yang pak cik ingin beritahu,Pakcik selaku Pengetua di sini nak memberitahu sesuatu.Mulai minggu hadapan,Zulaih itidak lagi tinggal di sini.”
Zulaihi mengerut dahi.Cukup hairan.
“Tapi saya baru saja sebulan tinggal di sini .Saya baru mula membiasakan diri dengan kehidupan di sini,”
“Itu pakcik tahu.Tapi....Pihak Rumah Yatim Seri Kasih ada menerima permohonan.Ada orang yang berminat untuk mengambil awak tinggal bersamanya.Sebagai anak angkat,”
Zulaihi menggaru-garu kepalanya.
“Awak cukup bertuah.Sebab ada orang yang berminat untuk mengambil kamu sebagai anak angkat.Masa depan kamu lebih terjamin,”
“Siapakah orangnya?”
“Pakcik pun tidak tahu.Tapi...mungkin lusa baru dia datang mengambil kamu.Kamu kemaskan dulu barang-barang kamu”
“Saya ....keberatanlah.Saya rasa lebih baik saya tinggal di sini.Di sini.. saya ada ramai kawan senasib,”.
“Tapi orang itu bersungguh-sungguh untuk menjaga kamu.Permohonannya pun sudah diluluskan,”
Zulaihi terdiam.Hanya matanya sayu memandang Pakcik Ahmad.Terlalu banyak perkara yang ingin diperkatakannnya,tetapi sepatah pun tidak terucap. Dia perlu menghormati keputusan pihak pentadbir Rumah Yatim Seri Kasih
Kadang-kadang Zulaihi rasakan hidupnya kini bagaikan bola.Dilontar ke sana dan ke mari.Dia kemudiannya menarik nafas panjang.Terbayang wajah ayah dan ibu di ingatan.Betapa bahagia dia ketika melayari saat-saat manis bersama keluargan.Suara keriuhan adik-adik dan Kak Long kembali terngiang di telinga.Dia terlalu rindu akan kenangan yang sudah berlalu pergi.Pergi yang tidak mungkin kembali.
Zulaihi terus mendiamkan diri.Melihat Zulaihi sebegitu,Pakcik Ahmad segera meninggalkannya.Biarlah anak muda itu diberi ruang untuk berfikir.”Siapakah orang itu?.Adakah orang itu nanti dapat menerima dirinya dengan penuh keikhlasan?”.Mata Zulaihi berkaca.Ada titisan jernih kemudiannya mengalir perlahan.”Inilah perjalanan hidup yang terpaksa aku tempuh.Hidup tidak ada tempat bergantung.Mencari pepohon untuk menumpang berlindung,”.Lagu Erti Hidup nyanyian Dayang Nurfaizah yang bergema sayup di asrama Sri Kasih singgah di telinganya untuk dihayati.”Ya....aku perlu mengenali erti hidup yang sejati.Inilah perjalanan hidupku,”.
Hari silih berganti.Masa terlalu pantas berlari.Hari ini dia akan meninggalkan Rumah Yatim Seri Kasih.Barang-barang Zulaihi sudah bersedia kemas di atas katil.Orang yang akan mengambilnya sudah berada di bilik Pengetua.Khabarnya sedang diberi penerangan dan menandatangani beberapa dokumen yang berkaitan dengan proses pengambilan anak angkat.
“Siapakah orang itu?”Hati Zulaihi berdebar.Dia terlalu bingung memikirkan kehidupan baru bersama keluarga angkatnya.Zulaihi terus memandang ke luar tingkap.Leka memerhati ketenangan pagi di laman Rumah Yatim Seri Kasih. Cukup tenang.Zulaihi menarik nafas dalam.Kemudian dilepasnya perlahan-lahan.Hari ini ,hari terakhir dia berada di situ.Wajah Zulaihi tiba-tiba berubah.Kereta Naza Citra merah menangkap pandangannya.Dia cukup mengenali kereta itu.Fikirannya terus teringat pada seorang guru yang cukup mengemari warna merah yang begitu terkenal dengan sikap penyayang dan baik hati di kalangan para pelajar SMK Sama Riang Dua.”Kenapa kereta itu berlabuh di situ?”.Dadanya mulai beriak kecil.”Tidak mungkin Cikgu Zam tahu dia tinggal di sini,”.”Mungkin juga dia ada urusan atau melawat saudara mara di sini.Entah!.Aku sendiri pun tidak tahu,”.
“Assalamualaikum.....”
Zulaihi cukup mengenali suara itu.Dia segera menoleh.Dilihatnya Pengetua sedang berdiri bersama seseorang yang cukup dikenalinya.Lelaki itu tersenyum memandang Zulaihi.
“Walaikumusalam....”.Segera Zulaihi bersalam dan mencium tangan lelaki itu.Itu lah amalan yang sering dipraktikkan oleh lelaki itu pada anak-anak didiknya.Bersalam budaya yang perlu dikekalkan.Zulahi masih kehairanan.
“Apa khabar?”
“Sihat...”.Tiba-tiba hati Zulaihi sayu.Sejak kebelakangan ini dia cukup sensitif.Mungkin pengalaman dan kehidupan yang dilalui menjadikan dia sebegitu.Airmatanya sekali lagi mengalir.
“Sabar Zulaihi!.Cikgu faham dengan apa yang awak alami.,”Suara Cikgu Zam cukup perlahan.Terlalu bersimpati pada pada penderitaan anak muda itu.Pengetua hanya sayu memandang.Hatinya cukup terharu.Syukur...masih ada di zaman ini seorang guru yang cukup prihatin dan sanggup membantu anak didiknya.
“Sebab itu lah Cikgu datang...,”.Wajah Cikgu Zam direnung Zulahi.
“Apakah maksud,cikgu,”Cikgu Zam tersenyum melihat gelagat Zulaihi.
“Ingat tak janji cikgu dahulu.Cikgu sudah anggap Zulaihi seperti adik dan anak cikgu sendiri.Cikgu datang untuk menunaikan janji cikgu dulu,”
“Sebenarnya cikgu datang hendak membawa Zulaihi untuk tinggal bersama cikgu.Permohonan cikgu pun sudah diluluskan.Lagipun cikgu sudah berjumpa dengan Pak Usu di kampung untuk meminta kebenaran.Cikgu benar-benar ikhlas.Cikgu harap awak tidak keberatan,”
“Tapi...bagaimana dengan pandangan para pelajar yang lain.Nanti Cikgu dituduh pilih kasih,”
“Jangan terlalu memikirkan pandangan orang.Yang penting cikgu terlalu ikhlas untuk membantu.Cikgu janji.Cikgu akan jaga awak dengan sebaik mungkin.Demi masa hadapan awak,”
Zulaihi tersenyum.Cikgu Zam turut tersenyum.Sekali lagi Zulahi menikam pandangannya ke luar tingkap.Kelihatan hari semakin cerah.Secerah masa hadapannya.Zulaihi terlalu bersyukur.Allah mengujinya dengan hujan,ribut dan petir.Kini dihadiahinya jalur pelangi untuk menerangi kehidupan.

3 comments:

  1. WOW..!!!CIKGU,GUGOK AIR MATA MEK BACA CERPEN KTK TOK EYH..TOUCHING DA JAK EYH...SALAM NGN ADIK ANGKT KTK YA R...(HE3)...SABAR JAK LAM NEMPOH HIDUP PENOH LIKU2 TOK PDH NGN NYA..PEDULI LAH PA KATA N PNDGN ORG NGN NYA,JANJI NYA PUN TAUK PA NYA POLAH N NYA FIKIR,,,
    MOGA HIDUP CIKGU ZAM TERUS D BERKATI ALLAH S.W.T...
    =EYSAH=

    ReplyDelete
  2. tqqq..esah..Klak nyampei salam ngannya..enjoy k

    ReplyDelete
  3. Terharu ramai yang tepon madah sedih n tersentuh baca cerpen CIKGU ZAM...TQ100000x

    ReplyDelete